Friday, April 20, 2007

Jenis Sayuran Tradisional

Jenis Sayuran
  1. Pucuk Paku
  2. Pucuk Ubi Kayu
  3. Pucuk Cemperai
  4. Pucuk Kangkong Paya
  5. Pucuk Kangkong Puteri/Setangki
  6. Pucuk Kacang Panjang
  7. Pucuk Keledek
  8. Pucuk Turi
  9. Pucuk Betik
  10. Pucuk Kelo
  11. Pucuk Asin
  12. Pucuk Labu
p/s:
Beb, kalau aku nak senaraikan lagi, orang tua aku cakap kalau tengok binatang makan itu maknanyer boleh makan ler tuh... Cuma kita punya rasa la kot-kot tak selera...

Sunday, April 15, 2007

Senarai Jenis-jenis Buah Untuk Masakan Tradisional

Jenis-jenis Buah Yang Boleh Digunakan Untuk Masakan (Sayur Gulai)
  1. Labu
  2. Petola
  3. Petola Cina
  4. Jantung Pisang
  5. Peria
  6. Pisang Muda
  7. Terung Telunjuk
  8. Terung Berembang
  9. Betik Muda
  10. Buah Getah (buat sambal)

Saturday, April 14, 2007

Truly Malay's Food Heritage


Salam perkenalan buat semua.

Pertama sekali terima kasih kerana sudi untuk melawat blog ini.

Hari ini jika kita lihat permakanan seharian kita pasti kebanyakkannya kita kenali sebagai 'sayuran kampung' seperti ulam-ulam, gulai, goreng, kerabu, acar dan berbagai heii.. lagi mengalir air liur nak tulis nie...!

Dan kalau kita renungkan pada generasi sekarang ini, mampukah agaknya sayur kampung yang kita makan hari bertahan sehingga tercapainya Wawasan 2020 atau lebih?

Parent aku lepas je mereka pencen, mereka buka sebuah gerai di Pasar Tani, Jalan Ipoh (sekarang dah takde lagi) belakang Tabung Haji lama. Aku tak ingat sangat bila sebenarnya diorang mula bisnes nie... sebab masa tu muda remaja. Mana nak lepak dengan orang tua aku jual bende-bende nie... Cuma aku ingat la masa bapak aku nak mintak tolong bila dia letih sangat aku pergi la tolong. Macam-macam la diaorang jual, jadi sekali-sekala aku tengok barang-barang jualan dia ini macam pekan sehari kat kampung aku dulu jer... That was back to 15 years ago...!

Masa tu bila ada orang yang datang beli di gerai orang tua aku nie kebanyakkannya adalah golongan mak dan ayah atau atuk dan nenek. Anak atau cucu mereka akan bertanya, "Boleh makan ke nie?" kami sekeluarga senyum jelah tengok gelagat golongan muda hari ini terutamanya budak yang dibesarkan di Kuala Lumpur nie.

Aku mujurlah dibesarkan oleh orang tua aku dengan yang cara hidup yang masih kuat kepada environment kekampungan lagi. Makan ubi rebus dengan manisan tebu, ulam segala jenis ulam bapak aku ajar makan, cemperai masak lemak putih campur dengan ubi keledek... dan orang tua aku juga masa aku sekolah rendah sampai menengah selalu bawak aku pergi kebun dia di Lanchang, Pahang. Kebun orang tua aku tu dalam 2/3 ekar je, kawasan lereng bukit, bila aku kena pergi kutip buah, aku punya tarik muka taknak pergi peerrghhh! letih...!! :(

Jadi masa kanak-kanak aku memang sudah dikenalkan dengan segala jenis makanan kampung yang sampai hari ini aku memang suka makan. Orang tua aku pulak memang orang kampung walaupun jadi pegawai besar kat KL nie, masih tetap dengan cara 'kekampungan' dia. Sekarang Orang tua aku berniaga dekat Pasar Tani Mega Setiawangsa, setiap hari Sabtu dari pukul 7 am sampai 12 noon dan aku akan tolong diaorang kalau takde apa-apa perkara yang important sangat aku akan tolong la. Kesian gak kat orang tua aku dah mula nampak berumur sekarang. Banyak tu nak kena buat, nama jer bukak gerai... nak loading barang, susun barang hui... berpeluh la satu badan... Tak payah aku gi jogging hari weekend!

Jadi blog nie aku buat adalah untuk mewujudkan kesedaran dan aku ingin berkongsi bersama bloggers yang lain mengenai 'Warisan Tradisi Melayu' nie. Bermula dengan mengenali kewujudan jenis-jenis sayuran, perisa dan makanan berjeruk sehinggalah cara untuk memakannya dengan lebih tradisional... Kopi 'O' + Gula Kabung, Nasi Goreng Kampung Asli(bukan yang kita makan dekat kedai Kelantan tu) Ubi Rebus + Manisan Tebu hui.... banyak lagilah telan air liur aku dibuatnyer.

Sayur kampung ini bukan sahaja enak untuk dimakan tetapi juga sangat berkhasiat dan boleh mengubati beberapa jenis penyakit. Pernah dengar Vitamin B12? Ha! Itu semua sebenarnya adalah didalam resepi warisan permakanan kita. Terutamanya sekali dengan memperbanyakkan memakan ulam-ulam dalam diet seharian. Mana pernah kita dengar doktor dulu memperkatakan tentang kanser dahulu kala.

Dalam blog ini aku akan cuba sedaya upaya untuk menyenaraikan seberapa banyak jenis-jenis sayur kampung serta apa jenis lagi makanan tradisional dan akan menyertakan sekali gambar agar senang untuk rakan-rakan yang lain melihat/mencari sendiri sayur kampung. Namun sekiranya rakan-rakan yang lain ada lain-lain maklumat sehingga kita dapat menyenaraikannya mengikut negeri lagi bagus. Jadi sebarang nasihat atau pendapat anda amat-amatlah aku hargai.

Akhir kata semoga hasrat aku ini mendapat sokongan dari korang semua.

Terima Kasih

Najmi Mat Sarit
aka : 'cemperai'